Wednesday, April 1, 2009

Erti Hidup ini...

Ada teman bertanya saya, kenapa memeberi nama blog sepi ini Memberi Erti Hidup Ini. Saya tersenyum, sambil berfikir yang saya perlu menjawabnya melalui blog ini juga. Lalu ianya sekaligus memecah kesepian penulisan yang selama ini menjadi suatu yang mengerikan saya...iatu buka blog lalu gagal memperbaharuinya walaupun idea kadang kala banyak, tapi bila sampai waktu nak menuliskannya ianya menjadi terlalu sukar, tidak seperti menuturkannya.
Saya sudah lama terfikir tentang erti kehidupan ini, terutama tentang apa ertinya sebuah kehidupan. Pada mulanya ketika pertama kali membaca buku Apa erti saya Menganut Islam semasa di sekolah menengah 26 tahun yang lalu. Ketika sedang menikmati usia remaja di sebuah sekolah berasrama penuh di ibukota, saya dipelawa oleh seorang junior untuk mengikuti “usrah”.
Tanpa berfikir panjang, saya menyetujuinya dan pada malam yang dijanjikan saya menghadirinya dengan penuh tandatanya. Apabila berada didalamnya dan mengikutinya, fikiran saya mula bekerja, berfikir dan mengandai2 apa yang sebenarnya yang saya lalui sebentar tadi. Sambil membelek-belek buku yang dihadiahkan oleh naqib yang merupakan seorang ustaz yang sangat wara’ dan baik sekali, saya terdetik tentang tajuk yang tertulis dikulit buku tersebut dan teringat-ingat kata2 ustaz tadi yang kita hanya mengaku Islam, namun belum tentu Allah mengakui kita sebagai seorang muslim . Saya mula terfikir tentang perbezaan saya dan orang yang bukan Islam dan orang Islam yang berada disekeliling. Rasa ketidakcukupan menerpa, rasa kekurangan, kejahilan dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang Allah kehendaki dengan keislaman saya, menebal dihati. Dan saya gagahi membaca patah demi patah dari muka tulisan yang pertama, walaupun buku yang ada ditanga saya hanyalah salinan fotostat dari buku asalnya.
Jarang sekali saya memberika seluruhnya jiwa, fikiran dan emosi saya membaca sesuatu sebelum ini. Namun kerana satu RASA dan sifat INGIN TAHU yang mendalam saya mulakan sesuatu yang belum pernah saya mulakan.....bersambung

No comments: