Monday, February 4, 2008

dinginnya Dublin..hangatnya Da'wah..




Tiba ke Dublin hari jumaat dari Belfast setelah berlepas subuh-subuh lagi dari East Midland ke Belfast. Semasa sampai ke Belfast kelihatan lagi saki baki salji yang turun dengan agak lebat beberapa hari sebelum itu. Gembira teman-teman di Belfast dapat main salji.

Setelah itu menaiki bas ke Dublin yang mengambil masa 2 jam setengah. Suasana sangat sejuk, sambil menunggu adik2 yang datang menjemput sempat jugalah bersarapan dengan pisang yang dibekalkan oleh adik2 dari Notts. Makan memang amat berbeza kerana kita selalunya makan nasi, tapi kat sini susah jgk nak jumpa nasi. nampaknya kenalah belajar makan roti..


Ramai jgk muka2 melayu kat Dublin ni...samaada pelajar atau pekerja, yang pasti bila mereka nampak muka melayu, diaorang beri salam walaupun tak cakap. Kebetulan kunjungan ke Ireland adalah dalam rangka mengiringi adik-adik rusia yang datang jaulah tarbawiyyah ke UK dan Ireland. so jumpa jgklah diaorang yang sedang bershooping kat bandar Dublin. Walaupun kat Rusia sentiasa dipenuhi salji, namun mereka kata kat Dublin lebih sejuk kerana anginnya sangat kencang.

Lepas jumaat barulah ada yang datang jemput, itupun dgn bas jer..maklumlah student. Maka kitaorangpun pergilah kerumah pelajar2 kita dan mereka dah siap menunggu untuk memulakan program. Sambutan pelajar kita sangat mengharukan, walaupun mereka sibuk belajar nemun mereka tidak lupa tanggungjawab sebagai insan mukmin yang menjadi harapan ibubapa yangbukan hanya untuk menjadi doktor namun juga peribadi mukmin yang baik dan memikul tanggungjawab menyeru manusia untuk mendekati Allah.


Tambahan pula kedatangan adik2 Rusia ni juga menjadikan suasana sangat hangat dan penuh ukhwah, walaupun ramai dari kalangan mereka tidak mengenali satu sama lain, namun layanan dan pengorbanan sesama mereka sangat mengkagumkan. Mereka berkongsi pengalaman dan ilmu yang didengar melalui ceramah2 dan tazkirah sepanjang perjalanan mereka dari UK lagi sehingga ke Ireland. perjalana yang sarat dengan jalan2 dan pengisian tarbawi sangat mengesankan hati mereka. Melihat penyusunan da'wah dan tarbiyyah kawan2 seusia mereka dan suasana da'wah dan belajar yang tidak sama sekali diabaikan untuk cita-cita kehidupan dunia dan akhirat.

Setelah behempas-pulas beberapa jam bersama adik2 Dublin dari malam jumaat sampai pukul 3 hari sabtu, saya terpaksa bergegas ke Belfast semula untu sesi motivasi bersama 50 pelajar Brunei di sana. Setelah perjalanan selama 2 jam setengah, berehat sekejap melepaskan kepenatan lalu langsung kerumah pelajar Brunei yang agak luas berbanding dengan rumah pelajar kita..maklumlah mereka orang minyak. Tiba sahaja saya disambut dengan penuh mesra dengan hidanga pelbagai juadah..ala Brunei. Bolehlah mengubat rindu kat makanan Malaysia.

Setelah solat berjamaah, kami makan bersama2 dan barulah bermula sesi Ceramah berbentuk motivasi, mereka mendengar dengan penuh perhatian. sehinggalah tiba membicarakan tentang solat dan kepentingannya, saya mengasak mereka agar merasai kepentingannya sebagai amalan pertama yang ditanya, sebagai pembeza kita dan orang kafir....sayu hati mereka, menitis airmata keinsafan bila mereka mula menginsafi kealpaan diri, walaupun Allah memberi dan memilih mereka untuk mendapat nikmat sampai ke sini.....

Majlis berakhir denga penuh syahdu dan sayu tapi mesra, mereka adalah anasir baik yang terasing dari da'wah dan sentuhan peringatan para da'i yang ramai disibukan mencari kesilapan orang lain..sehingga banyak hati-hati yang mati, dan menunggu untuk disentuh....
siapakah kalau bukan kita yang sedar dan tahu tanggungjawab mengajak manusia kembali kepada Kebesaran Allah.....mencari dan menasihati mereka

Esoknya setelah berkesempatan membeli sedikit buah tangan untu lima anak yang telah 20 hari ditinggalkan, serta ibunya yang terpaksa menjadi ibudan ayah sepeninggalan kesini, agar terhibur hati mereka yang ditinggalkan, saya menaiki bas ke Dublin semula kerana pada malamnya masih ada acara dengan adik2 di sana. Dan perjalanan kembara da'wah ini akan berakir dibumi penjajah pada hari esok bila penerbangan adalah dari Dublin-Birm-Dubai-KLIA. Semoga Allah menerima amal kita semua dan menyemarakkan da'wah dengan kehangatanya walaupun dibumi yang dingin ini...