Saturday, July 19, 2008

Perkahwinan...pelengkap kepada da'wah

Tajuk Perkahwinan merupakan tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan terutama dalam kehidupan para penda'wah, muda atau sudah berumur. Kerana ianya merupakan detik kritikal seseorang penda'wah kerana ianya merupakan "DUNIA BARU" dalam kitaran kehidupan biasa sebelumnya, namun kehadiran 'orang baru' yang akan dikongsi segalanya bersama akan menggangu, bahkan boleh menukar watak, sikap, kebiasaan seseorang sesuai dengan tanggungjawab baru ini. Maka akan ada beberapa kejutan dalaman diri dan juga sering dirasai oleh orang lain seperti ibubapa, adik beradik dan juga teman2. Da'wah dan aktivitinya juga tidak terkecuali akan menerima kesan kepada peristiwa indah ini.

Perkahwinan boleh menjadi medan baru yang meningkatkan segala kelebihan seseorang dan dalam masa yang sama boleh menjadi gaung yang memerangkap sesorang dalam keseronokan serta kesibukan baru yang mengasyikkan. Banyak contoh yang boleh diperolehi dari perjalanan mereka yang terdahulu, ada yang dulunya aktif dan sanggup kemana sahaja dalam da'wah dan perjuangan, menjadi terlalu berkira dengan masa dan prioriti yang lain. Ada juga yang dahulunya nampak kurang bermaya sebelum perkahwinannya, namun menjadi orang yang sangat ligat dan kedepan dalam amal da'wah dan tarbiyyah.

Segalanya bergantung kepada individu terbabit dan juga lingkarannya, yang akan mempastikan perubahan ini dapat dikesan dan segera di muhasabah untuk mengelak individu menjadi selesa dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Seringkali juga mereka yang terlibat tidak sedar tentang perubahan yang dirasai oleh orang disekeliling. Disinilah tarbiyyah memainkan peranan kerana setiap individu dalam apa jua keadaan sekalipun perlu membiasakan diri dimuhasabah dengan dada yang lapang serta budaya ukhwah yang sangat tinggi sehinggakan sanggup memberikan buah fikiran yang bernas secara berterusan dalam pembentukan peribadi dalam tarbiah yang dilalui.

Topik ini mempunyai latarbelakang kerana perkahwinan bukan sepatutnya datang sekaligus, apatah lagi bagi para da'i. Ianya merupakan pelengkap kepada kehidupan da'wah sesorang individu, dan ianya memalui proses dramatik yang tidak seharusnya terpisah dari proses tarbawi. Tahap2 urusan, niat, calon, pemilihan, syura'dgn murabi, keizinan keluarga, merisik, peminangan dan majlis walimah serta isu2 kewangan serta sokongan dari sahabat2 seperjuangan.Semuanya ini adalah proses tarbiyyah yang seharusnya dilalui dalam episod ini.....Sekian dulu yek.

* Ramai yang nak kahwin dalam waktu terdekat nie...SELAMAT PENGANTIN BARU