Tuesday, March 25, 2008

Keindahan Islam



Terkilan juga rasanya sebab lebih sebulan tak dapat meneruskan catatan di dalam blogni, walaupun semameng saya akui menulis merupakan sesuatu yang sukar bagi saya berbanding bercakap dan berceramah, namun sebagai menyahut kata-kata seorang teman dari seberang bahawa penda'wah seharusnya bisa menulis agar da'wahnya bisa didengari dan di baca juga dan kerana itulah Allah berfirman dalam ayat pertamanya mengenai 'qalam'.

Saya akui benar dan pasrah serta merasa bahawa kita sememangnya perlu meningkatkan diri kita sebagaimana sepatutnya walau berapapun usia kita,sambil teringat bahawa itulah inti setiap ceramah motovasi saya serta ceramah da'wah kepada anak-anak, adik-adik dan teman-teman serta abang-kakak bahawa kita harus sentaisa mempunyai energi yang hebat dengan Islam untuk sentiasa meningkatkan keupayaan diri kita setinggi mana sekalipun, sesusah mana sekalipun dan selama-mana sekalipun kerana Allah menegaskan bahawa kamu lah yang lebih 'MULIA' sekiranya kamu beriman.

Kebiasaan bercakap membuat saya terasa susah untuk menulis, dan seringkali kalau menulis diedit2 berulang kali dan ada kalanya di delete terus. Namun semangat ini dikuatkan mudah-mudahan teman2 dapat memahami apa yang tersirat dihati dan semangat ini.

Terasa sangat sekejap, pulang dari UK dan Eire dan tinggal beberapa hari di Malaysia, berkunjung pula ke Cambodia buat kali kedua dalam misi da'wah dan kebajikan untuk ummat Islam disana bersama Pengerusi Badan Kebajikan An-Nur dan pengurusnya. Kebetulan saya juga bergabung disini sebagai Timbalan Pengerusi badan kebajikan ini yang diamanahkan membantu kerja2 da'wah dan kebajikan di Cambodia, Vietnam dan Thailand.

Empat hari yang dipenuhi dengan ziarah, mesyuarat dan meninjau masyarakat Islam serta perjalanan projek membangunkan ekonomi ummat Islam di sana, terasa sangat singkat. Terasa betapa mereka amat memerlukan bantuan bukan sahaja aspek penghidupan bahkan dalam hidup beragama kerana mereka dalam serba kedhaifan. Dari sudut ekonomi dan pembangunan mereka ketinggalan hampir 30 tahun dari kita, manakala dalam bidang yang lain tidak kurang ketinggalan mereka. Namun mereka adalah dari masyarakat yang bijak dan kuat berusaha. Ramai dari kalangan mereka belajar dengan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke Malaysia, Kuwait,Mekah dan Madinah.


Banyak bantuan yang dihulurka kepada mereka dari luar, namun tidak secara terancang dan seakan menimbuskan pasir kedalam lautan. Ramai juga yang mengambil kesempatan dengan kedhaifan mereka untuk mengumpulkan dana untuk masjid dan sekolah bahkan hidup dengan cara itu. Hasilnya mesjid-mesjid didirikan dengan besar dan merata-rata, tapi tidak dimakmurkan sewajarnya. Kemiskinan dan kedhaifan menjai umpan, yang menguruskan ramai yang boleh dipersoalkan kejujuran mereka.

Selesai kunjungan kedua, kami tentunya akan terus berkunjung lagi untyuk membuat perbincangan strategik seterusnya bersama beberapa tokoh muslim disana untuk pakatan strategik bagai membuahkan hasil yang lebih membangun. Model malaysia dan beberbekalkan anak2 kemboja didalam seliaan dan didikan kami seramai lebih 150 orang di Malaysia kami yakin dapat membekalkan mereka ilmu dan pengalaman untuk membuat perubahan kepada masyarakat dan Islam di negara mereka.