Tuesday, May 5, 2009

angin luar sekejap.....


Salam, maaf kerana agak lama tak menyambung catatan pengalman berusrah....Alhamdulillah baru sahaja pulang dari United Kingdom. Selama sepuluh hari memenuhi jemputan pelajar2 kita disana yang sentiasa dahagakan belaian tarbiyyah dan kasih sayang sang murabbi. Ini sudah menjadi rutin saya setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering mendapat jemputan dari anak2 kita di luar negara yang sekaligus sentiasa menguatkan saya untuk terus berada dijalan ini. Suatu perbezaan dalam pengalaman da’wah dari hari pertama memasuki(termasuk) dunia da’wah ini ialah “semangat” yang ditunjukkan oleh pelajar dari luar negara ternyata lebih tinggi berbanding dari pelajar dari dalam negeri. Walaupun saya adalah produk dalam negeri, saya mengakui ini dengan jelas dan saya mendapat jawapannya ketika pertama kali berpeluang berda’wah keluar negara pada tahun 2000 di UK dan Ireland. Kemudian tahun 2004 ke USA dan UK sekali lagi. Pernah juga ke Moscow, France, Germany dan Holland, menyaksikan perkembangan da’wah dan tarbiyyah pelajar2 kita disana yang sangat agresif dan komitmen yang tinggi.
Bukan saja nak memuji, namun mereka sanggup merentas salji dan kesejukkan beratus bahkan beribu batu untuk berprogran walau sehari dua, bahkan masa perjalanan lebih lama dari masa berprogram, wang yang dibelanjakan bukan sedikit. Namun semuannya inilah yang menjadikan mereka boleh mempertahankan iman dan roh da’wah dinegara barat yang penuh dengan dugaan dan diluar pandangan ibubapa, keluarga dan masyarakat kita.Kekuatan ini adalah kerana suasana mereka amat memerlukan JIHAD sebigini didalam suasana kekeringan dengan ISLAM, dan nilai2 suci yang selama in i dipegang. Berbeza didalam negeri yang majoritinya muslim, dan banyak syi’ar Islam dan suasana “semacam” baik semuanya. Tiada sesuatu yang hendak dikejar dan di risaukan sangat. Mungkin ini juga yang menjadikan ramai da’i pelajar panas semasa dalam kampus dan “cair” setelah beralih kealam pekerjaan dan kehidupan sebagai orang dewasa yang berkeluarga dan berkerjaya. Sehinggakan kekuatan pelajar luar negara yang saya katakan “hebat” tadi juga tergugat bila pulang ke tanahair....
Disinilah terasa kehangatan melalui kelas tadika tarbiyyah dengan bertatih untuk cuba memahami dunia baru yang serba tandatanya bahkan ianya cukup menggerakkan tenaga minda dan emosiku bekerja, yang selama ini alpa dan lena dengan buaian keremajaan yang inginkan keseronokan semata, serta igauan dan angan2 palsu yang pelbagai yang menjadikan banyak remaja sepertiku diusia belasan tahun hanyut dibawa arus keseronokan, enjoy, gelak-ketawa, seronok dan sebagainya. Usrah hanya seminggu sekali sahaja, namun impaknya terasa lebih dari seminggu, kerana kuasa “berfikir” atau tafakkur akan menghasilkan zikir yang mengakibatkan aku berusaha mengenali diri sendir, menerokai siapa aku? kenapa aku disini? untuk apa?dan kemana selepas ini?..bertubi-tubi persoalan ini menikam benak pemikiranku walaupun tanpa jawaban, namun aku semacam merasakan akan ada jawabannya nanti. Namun bila? Aku sendiri tidak pasti...namun aku akan lalui...... aku lebih banyak diam, dan berfikir, menyendiri, mencari erti, dan membaca mengambil tahu agar ada jawaban kepada semua persoalan yang bermain dibenakku. Iftar(berbuka puasa) sunat bersama dan qiamullai diawalnya menjadikan aku penat, namun rasa kemanisan disudut hati apatah lagi bersama2 teman2 yang lain..rasa bibit ukhwah bersama bermula...

5 comments:

Ashraf CeriTakaful said...
This comment has been removed by the author.
firdaus pijey said...

Aslmkm ustaz fadzil,

Blog yg banyak pengajaran dan perkongsian! Moga Allah terus permudahkan enta utk menyumbang entri dan diberi kesempatan masa

Anonymous said...

sayangnya akhi bila produk luarnegara yang memang saya akui kehebatan fikrah ini 'ghuyub ' bila kembali kenegara kerana tidak tahan godaan dunia dan kebendaan ...

Justeru kita amat ketandusan murabbi untuk memimpin didalam negara sendiri.

Dimana mereka setiap tahun pulang beribu ribu?

apakah hilang naik kelangit atau tenggelam kedalam bumi ...

Apa yang saya lihat produk luar negara ini kepala mereka bengkak dengan fikrah tapi kosong ruhiyah untuk menghadapi cabaran dunia perkerjaan dan kemewahan ...

Benarkah begitu?

maaf kalau tuan tak setuju!

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT