Saturday, July 19, 2008

Perkahwinan...pelengkap kepada da'wah

Tajuk Perkahwinan merupakan tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan terutama dalam kehidupan para penda'wah, muda atau sudah berumur. Kerana ianya merupakan detik kritikal seseorang penda'wah kerana ianya merupakan "DUNIA BARU" dalam kitaran kehidupan biasa sebelumnya, namun kehadiran 'orang baru' yang akan dikongsi segalanya bersama akan menggangu, bahkan boleh menukar watak, sikap, kebiasaan seseorang sesuai dengan tanggungjawab baru ini. Maka akan ada beberapa kejutan dalaman diri dan juga sering dirasai oleh orang lain seperti ibubapa, adik beradik dan juga teman2. Da'wah dan aktivitinya juga tidak terkecuali akan menerima kesan kepada peristiwa indah ini.

Perkahwinan boleh menjadi medan baru yang meningkatkan segala kelebihan seseorang dan dalam masa yang sama boleh menjadi gaung yang memerangkap sesorang dalam keseronokan serta kesibukan baru yang mengasyikkan. Banyak contoh yang boleh diperolehi dari perjalanan mereka yang terdahulu, ada yang dulunya aktif dan sanggup kemana sahaja dalam da'wah dan perjuangan, menjadi terlalu berkira dengan masa dan prioriti yang lain. Ada juga yang dahulunya nampak kurang bermaya sebelum perkahwinannya, namun menjadi orang yang sangat ligat dan kedepan dalam amal da'wah dan tarbiyyah.

Segalanya bergantung kepada individu terbabit dan juga lingkarannya, yang akan mempastikan perubahan ini dapat dikesan dan segera di muhasabah untuk mengelak individu menjadi selesa dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Seringkali juga mereka yang terlibat tidak sedar tentang perubahan yang dirasai oleh orang disekeliling. Disinilah tarbiyyah memainkan peranan kerana setiap individu dalam apa jua keadaan sekalipun perlu membiasakan diri dimuhasabah dengan dada yang lapang serta budaya ukhwah yang sangat tinggi sehinggakan sanggup memberikan buah fikiran yang bernas secara berterusan dalam pembentukan peribadi dalam tarbiah yang dilalui.

Topik ini mempunyai latarbelakang kerana perkahwinan bukan sepatutnya datang sekaligus, apatah lagi bagi para da'i. Ianya merupakan pelengkap kepada kehidupan da'wah sesorang individu, dan ianya memalui proses dramatik yang tidak seharusnya terpisah dari proses tarbawi. Tahap2 urusan, niat, calon, pemilihan, syura'dgn murabi, keizinan keluarga, merisik, peminangan dan majlis walimah serta isu2 kewangan serta sokongan dari sahabat2 seperjuangan.Semuanya ini adalah proses tarbiyyah yang seharusnya dilalui dalam episod ini.....Sekian dulu yek.

* Ramai yang nak kahwin dalam waktu terdekat nie...SELAMAT PENGANTIN BARU

Friday, April 18, 2008

Bicara Baitul Muslim

(Gambar Hiasan) Hari ini saya ditanya oleh seorang pelajar dari Moscow tentang perkahwinan dikalangan pelajar. Topik yang jarang saya bicarakan dalam ceramah-ceramah saya, mungkin kerana kecenderungan saya ialah kepada memeberikan kefahaman tentang FIKRAH Islam yang kini semakin pudar difahami oleh generasi baru. Namun bukan bermakna saya tidak gemar kepada tajuk ini, apatah lagi membincangkan dengan adik-adik yang masih belajar.
Bahkan dalam perbincangan luar ceramah dan program tidak formal seringkalai disembangkan. Malah saya kira lebih dari sepuluh pasangan telah saya satukan dibawah panji da’wah. Semasa ceramah di Jakarta baru-baru ini juga ada ditanyakan oleh adik-adik pelajar tentang isu ini, barangkali mungkin perlu difahami keperluan isu ini dibincangkan dalam rangka kerja2 da’wah.
Berikut adalah sedikit sarana saya menjawab persoalan ini kepada pelajar berkenaan....
Hati kita umpama binatang liar, yang sentiasa menginginkan sesuatu yang baru, mencuba dan menikmati..itulah nafsu. Namun hati juga yang akan memberikan nilai kehidupan manusia iatu dengan Islam.
Maka mustahak bagi setiap pemilik hati mengetahui cara2 bagaimana mengawal hati dan nafsu yang menjadi aset utama keimanan setiap manusia jika terjaga hatinya dengan iman, mujahadah, taqwa..alhamdulillah. Namun Islam memberikan jalan keluar yang tab'ie yang mennyalurkan nafsu dengan ibadah yang mendatangkan pahala dan melahirkan zuriat yang mendatangkan kebahagiaan dan kenikmatan dan dengannya juga akan meningkatkan martabat keinsanan manusia, kematangan dan tertingkat ketqwaan untuk menghampirkan diri kepada Allah..
Ini akan menjadikan perkahwinan dalam Islam sebagai solusi kepada permasaalahan yang dihadapi oleh manusia baik Islam ataupun bukan Islam. Perkahwinan ibarat pagar yang memagari hati dan nafsu yang dengannya menjaikan manusia menjadi waras dan matang serta bertanggungjawab.
Kita melihat Islam telah mengadakan sistem yang lengkap bagi setiap perkembangan hidup manusia dari dalam rahim sehinggalah perjalanan terakhir keliang lahad. Kalau kita benar2 beriman maka kita akan mendapat faedahnya dan merasai nikmat berada dibawah system Islam...
Soalnya kenapa awal, kerana kemampuan dan keadaan yang mungkin mendesak atau dorongan melulu kawan-kawan dan sebagainya, namun ianya bergantung kepada persedian zahir dan batin seseorang bila kita menilai diri ...kita tanya iman kita, perlu atau mahu...Perjalanan menuju gerbang perkahwinan merupakan perjalanan indah seorang muslim dalam menyahut sarana Illahi dan sekaligus naluri keinsanan seorang manusia dalam mencari kebahagian hakiki dalam kehidupan. Menemuinya merupakan inspirasi dan warna-warni kehidupan, dan kecundangnya episode ini menjadi titik hitam kehidupan.
Menyusahkannya adalah kesalahan dan mempermudah-mudahkannya juga nanti suatu kezalima , kerana mungkin berlaku kecuaian..perlu panduan, dan juga bimbingan berterusan..bersambung

Tuesday, March 25, 2008

Keindahan Islam



Terkilan juga rasanya sebab lebih sebulan tak dapat meneruskan catatan di dalam blogni, walaupun semameng saya akui menulis merupakan sesuatu yang sukar bagi saya berbanding bercakap dan berceramah, namun sebagai menyahut kata-kata seorang teman dari seberang bahawa penda'wah seharusnya bisa menulis agar da'wahnya bisa didengari dan di baca juga dan kerana itulah Allah berfirman dalam ayat pertamanya mengenai 'qalam'.

Saya akui benar dan pasrah serta merasa bahawa kita sememangnya perlu meningkatkan diri kita sebagaimana sepatutnya walau berapapun usia kita,sambil teringat bahawa itulah inti setiap ceramah motovasi saya serta ceramah da'wah kepada anak-anak, adik-adik dan teman-teman serta abang-kakak bahawa kita harus sentaisa mempunyai energi yang hebat dengan Islam untuk sentiasa meningkatkan keupayaan diri kita setinggi mana sekalipun, sesusah mana sekalipun dan selama-mana sekalipun kerana Allah menegaskan bahawa kamu lah yang lebih 'MULIA' sekiranya kamu beriman.

Kebiasaan bercakap membuat saya terasa susah untuk menulis, dan seringkali kalau menulis diedit2 berulang kali dan ada kalanya di delete terus. Namun semangat ini dikuatkan mudah-mudahan teman2 dapat memahami apa yang tersirat dihati dan semangat ini.

Terasa sangat sekejap, pulang dari UK dan Eire dan tinggal beberapa hari di Malaysia, berkunjung pula ke Cambodia buat kali kedua dalam misi da'wah dan kebajikan untuk ummat Islam disana bersama Pengerusi Badan Kebajikan An-Nur dan pengurusnya. Kebetulan saya juga bergabung disini sebagai Timbalan Pengerusi badan kebajikan ini yang diamanahkan membantu kerja2 da'wah dan kebajikan di Cambodia, Vietnam dan Thailand.

Empat hari yang dipenuhi dengan ziarah, mesyuarat dan meninjau masyarakat Islam serta perjalanan projek membangunkan ekonomi ummat Islam di sana, terasa sangat singkat. Terasa betapa mereka amat memerlukan bantuan bukan sahaja aspek penghidupan bahkan dalam hidup beragama kerana mereka dalam serba kedhaifan. Dari sudut ekonomi dan pembangunan mereka ketinggalan hampir 30 tahun dari kita, manakala dalam bidang yang lain tidak kurang ketinggalan mereka. Namun mereka adalah dari masyarakat yang bijak dan kuat berusaha. Ramai dari kalangan mereka belajar dengan cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke Malaysia, Kuwait,Mekah dan Madinah.


Banyak bantuan yang dihulurka kepada mereka dari luar, namun tidak secara terancang dan seakan menimbuskan pasir kedalam lautan. Ramai juga yang mengambil kesempatan dengan kedhaifan mereka untuk mengumpulkan dana untuk masjid dan sekolah bahkan hidup dengan cara itu. Hasilnya mesjid-mesjid didirikan dengan besar dan merata-rata, tapi tidak dimakmurkan sewajarnya. Kemiskinan dan kedhaifan menjai umpan, yang menguruskan ramai yang boleh dipersoalkan kejujuran mereka.

Selesai kunjungan kedua, kami tentunya akan terus berkunjung lagi untyuk membuat perbincangan strategik seterusnya bersama beberapa tokoh muslim disana untuk pakatan strategik bagai membuahkan hasil yang lebih membangun. Model malaysia dan beberbekalkan anak2 kemboja didalam seliaan dan didikan kami seramai lebih 150 orang di Malaysia kami yakin dapat membekalkan mereka ilmu dan pengalaman untuk membuat perubahan kepada masyarakat dan Islam di negara mereka.

Monday, February 4, 2008

dinginnya Dublin..hangatnya Da'wah..




Tiba ke Dublin hari jumaat dari Belfast setelah berlepas subuh-subuh lagi dari East Midland ke Belfast. Semasa sampai ke Belfast kelihatan lagi saki baki salji yang turun dengan agak lebat beberapa hari sebelum itu. Gembira teman-teman di Belfast dapat main salji.

Setelah itu menaiki bas ke Dublin yang mengambil masa 2 jam setengah. Suasana sangat sejuk, sambil menunggu adik2 yang datang menjemput sempat jugalah bersarapan dengan pisang yang dibekalkan oleh adik2 dari Notts. Makan memang amat berbeza kerana kita selalunya makan nasi, tapi kat sini susah jgk nak jumpa nasi. nampaknya kenalah belajar makan roti..


Ramai jgk muka2 melayu kat Dublin ni...samaada pelajar atau pekerja, yang pasti bila mereka nampak muka melayu, diaorang beri salam walaupun tak cakap. Kebetulan kunjungan ke Ireland adalah dalam rangka mengiringi adik-adik rusia yang datang jaulah tarbawiyyah ke UK dan Ireland. so jumpa jgklah diaorang yang sedang bershooping kat bandar Dublin. Walaupun kat Rusia sentiasa dipenuhi salji, namun mereka kata kat Dublin lebih sejuk kerana anginnya sangat kencang.

Lepas jumaat barulah ada yang datang jemput, itupun dgn bas jer..maklumlah student. Maka kitaorangpun pergilah kerumah pelajar2 kita dan mereka dah siap menunggu untuk memulakan program. Sambutan pelajar kita sangat mengharukan, walaupun mereka sibuk belajar nemun mereka tidak lupa tanggungjawab sebagai insan mukmin yang menjadi harapan ibubapa yangbukan hanya untuk menjadi doktor namun juga peribadi mukmin yang baik dan memikul tanggungjawab menyeru manusia untuk mendekati Allah.


Tambahan pula kedatangan adik2 Rusia ni juga menjadikan suasana sangat hangat dan penuh ukhwah, walaupun ramai dari kalangan mereka tidak mengenali satu sama lain, namun layanan dan pengorbanan sesama mereka sangat mengkagumkan. Mereka berkongsi pengalaman dan ilmu yang didengar melalui ceramah2 dan tazkirah sepanjang perjalanan mereka dari UK lagi sehingga ke Ireland. perjalana yang sarat dengan jalan2 dan pengisian tarbawi sangat mengesankan hati mereka. Melihat penyusunan da'wah dan tarbiyyah kawan2 seusia mereka dan suasana da'wah dan belajar yang tidak sama sekali diabaikan untuk cita-cita kehidupan dunia dan akhirat.

Setelah behempas-pulas beberapa jam bersama adik2 Dublin dari malam jumaat sampai pukul 3 hari sabtu, saya terpaksa bergegas ke Belfast semula untu sesi motivasi bersama 50 pelajar Brunei di sana. Setelah perjalanan selama 2 jam setengah, berehat sekejap melepaskan kepenatan lalu langsung kerumah pelajar Brunei yang agak luas berbanding dengan rumah pelajar kita..maklumlah mereka orang minyak. Tiba sahaja saya disambut dengan penuh mesra dengan hidanga pelbagai juadah..ala Brunei. Bolehlah mengubat rindu kat makanan Malaysia.

Setelah solat berjamaah, kami makan bersama2 dan barulah bermula sesi Ceramah berbentuk motivasi, mereka mendengar dengan penuh perhatian. sehinggalah tiba membicarakan tentang solat dan kepentingannya, saya mengasak mereka agar merasai kepentingannya sebagai amalan pertama yang ditanya, sebagai pembeza kita dan orang kafir....sayu hati mereka, menitis airmata keinsafan bila mereka mula menginsafi kealpaan diri, walaupun Allah memberi dan memilih mereka untuk mendapat nikmat sampai ke sini.....

Majlis berakhir denga penuh syahdu dan sayu tapi mesra, mereka adalah anasir baik yang terasing dari da'wah dan sentuhan peringatan para da'i yang ramai disibukan mencari kesilapan orang lain..sehingga banyak hati-hati yang mati, dan menunggu untuk disentuh....
siapakah kalau bukan kita yang sedar dan tahu tanggungjawab mengajak manusia kembali kepada Kebesaran Allah.....mencari dan menasihati mereka

Esoknya setelah berkesempatan membeli sedikit buah tangan untu lima anak yang telah 20 hari ditinggalkan, serta ibunya yang terpaksa menjadi ibudan ayah sepeninggalan kesini, agar terhibur hati mereka yang ditinggalkan, saya menaiki bas ke Dublin semula kerana pada malamnya masih ada acara dengan adik2 di sana. Dan perjalanan kembara da'wah ini akan berakir dibumi penjajah pada hari esok bila penerbangan adalah dari Dublin-Birm-Dubai-KLIA. Semoga Allah menerima amal kita semua dan menyemarakkan da'wah dengan kehangatanya walaupun dibumi yang dingin ini...

Wednesday, January 30, 2008

Dari bumi penjajah..

Alhamdulillah, pagi ni dapat menulis setelah sekian lama terpaksa membekukan hati kerana terlupa password..heh maklumlah dah tua.

Ingin sekali dikongsikan perjalanan ke negara penjajah yang telah berjaya meninggalkan satu kesan kekeliruan agama kepada ummat melayu hingga kehari ini. Dari agama yang menjadi asas kekuatan ummah dan disegani suatu ketika dulu hingga menjadi ummat yang dihina diserata tempat...yang tinggal hanyalah sejarah dan kesan2 kehebatan yang menjadi nostalgia.

Kekeliruan ini di imanai dengan kuat oleh orang melayu terutamanya serta bangsa lain juga hasil suatu penjajahan pemikiran yang dahsyat. Sehinggakan kita tinggal muslim pada nama sahaja dan bukan pada hati , jiwa dan penghayatan. Hanya slogan Isra' Mi'raj, Maulidu Rasul, Ramadhan, dan pelbagai syiar yang hampir hilang hikmah dan kebenarannya, bahkan menjadi pesta ibadah yang lansung mempermainkan kesucian Islam. Disinilah terhasilnya KongsiRaya, DepaRaya dan lain-lain.

Ummat semacam hilang punca kebenaran dan asas agama sehingga bercampur halal dan haram serta terkelirunya dari orang biasa kepada pemimpin, dari si jahil kepada para alim ulama(yang jahat) dalam isu-isu agama. Tiada yang berani menegur bahkan menganggukkan kepala tanda akur....

Disini Allah mentakdirkan dibumi British yang suatu ketika dulu angkuh menakluki, kini mereka sedang ditakluki. Penakluk kecil mungkin dari pelajar2 kita yang sangat giat menjalankan kerja2 da'wah dan bergerak mengaruskan penghayatan Islam ketengah masyarakat, terutama masyarakat pelajar kita disini. Namun arus yang besar juga sangat kelihatan bila bandar-bandar seperti Manchaster, Birmingham dan Loughborough hampir dikuasi oleh arab dan pakistan, bahkan terasa semacam berada di Karachi je..

Tiba untuk kali kelima kesini kali ini agak berbeza. Selalunya saya tiba di Hetrow, London tapi kali ni ke Birmingham kerana tugasan kali ini bermula di Birm. Lepas tu ke Loughborough sehari dan meneruskan kembara ke Bealfast, dan kemudian Dublin. Ramai jgk pelajar2 yang mula berjinak dengan kerja2 daw'eah di UK dan Eire, nampak bersemangat lebih dari pelajar yang belajar kat Malaysia yg lemah gemalai. Setelah ceramah dan daurah berhari2 di Dublin, terbang balik ke Birmingham untuk meneruskan program untuk adik2 di UK pula. Sempat juga ziarah Notts, Leeds dan kini berada di Manchaster. Petang ni nak ke Notts pula utk bersiap ke Dublin, Goolway dan Bealfast untuk round kedua.

Setelah 12 hari disini, Sambutan dari pelajar kita mehadirkan rasa sayu betapa mereka yang sangat sibuk dengan pengajian mereka sanggup meredah kesejukan untuk menghabiskan weekend mereka bersama-sama dalam mencari cahaya yang hampir malap dan pudar di negara tercinta, namun cahaya itu bersinar dibumi penjajah ..iatu Islam yang Hakiki yang di cari..bukan Islam Hadhari