Tuesday, May 5, 2009

angin luar sekejap.....


Salam, maaf kerana agak lama tak menyambung catatan pengalman berusrah....Alhamdulillah baru sahaja pulang dari United Kingdom. Selama sepuluh hari memenuhi jemputan pelajar2 kita disana yang sentiasa dahagakan belaian tarbiyyah dan kasih sayang sang murabbi. Ini sudah menjadi rutin saya setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering mendapat jemputan dari anak2 kita di luar negara yang sekaligus sentiasa menguatkan saya untuk terus berada dijalan ini. Suatu perbezaan dalam pengalaman da’wah dari hari pertama memasuki(termasuk) dunia da’wah ini ialah “semangat” yang ditunjukkan oleh pelajar dari luar negara ternyata lebih tinggi berbanding dari pelajar dari dalam negeri. Walaupun saya adalah produk dalam negeri, saya mengakui ini dengan jelas dan saya mendapat jawapannya ketika pertama kali berpeluang berda’wah keluar negara pada tahun 2000 di UK dan Ireland. Kemudian tahun 2004 ke USA dan UK sekali lagi. Pernah juga ke Moscow, France, Germany dan Holland, menyaksikan perkembangan da’wah dan tarbiyyah pelajar2 kita disana yang sangat agresif dan komitmen yang tinggi.
Bukan saja nak memuji, namun mereka sanggup merentas salji dan kesejukkan beratus bahkan beribu batu untuk berprogran walau sehari dua, bahkan masa perjalanan lebih lama dari masa berprogram, wang yang dibelanjakan bukan sedikit. Namun semuannya inilah yang menjadikan mereka boleh mempertahankan iman dan roh da’wah dinegara barat yang penuh dengan dugaan dan diluar pandangan ibubapa, keluarga dan masyarakat kita.Kekuatan ini adalah kerana suasana mereka amat memerlukan JIHAD sebigini didalam suasana kekeringan dengan ISLAM, dan nilai2 suci yang selama in i dipegang. Berbeza didalam negeri yang majoritinya muslim, dan banyak syi’ar Islam dan suasana “semacam” baik semuanya. Tiada sesuatu yang hendak dikejar dan di risaukan sangat. Mungkin ini juga yang menjadikan ramai da’i pelajar panas semasa dalam kampus dan “cair” setelah beralih kealam pekerjaan dan kehidupan sebagai orang dewasa yang berkeluarga dan berkerjaya. Sehinggakan kekuatan pelajar luar negara yang saya katakan “hebat” tadi juga tergugat bila pulang ke tanahair....
Disinilah terasa kehangatan melalui kelas tadika tarbiyyah dengan bertatih untuk cuba memahami dunia baru yang serba tandatanya bahkan ianya cukup menggerakkan tenaga minda dan emosiku bekerja, yang selama ini alpa dan lena dengan buaian keremajaan yang inginkan keseronokan semata, serta igauan dan angan2 palsu yang pelbagai yang menjadikan banyak remaja sepertiku diusia belasan tahun hanyut dibawa arus keseronokan, enjoy, gelak-ketawa, seronok dan sebagainya. Usrah hanya seminggu sekali sahaja, namun impaknya terasa lebih dari seminggu, kerana kuasa “berfikir” atau tafakkur akan menghasilkan zikir yang mengakibatkan aku berusaha mengenali diri sendir, menerokai siapa aku? kenapa aku disini? untuk apa?dan kemana selepas ini?..bertubi-tubi persoalan ini menikam benak pemikiranku walaupun tanpa jawaban, namun aku semacam merasakan akan ada jawabannya nanti. Namun bila? Aku sendiri tidak pasti...namun aku akan lalui...... aku lebih banyak diam, dan berfikir, menyendiri, mencari erti, dan membaca mengambil tahu agar ada jawaban kepada semua persoalan yang bermain dibenakku. Iftar(berbuka puasa) sunat bersama dan qiamullai diawalnya menjadikan aku penat, namun rasa kemanisan disudut hati apatah lagi bersama2 teman2 yang lain..rasa bibit ukhwah bersama bermula...

Sunday, April 5, 2009

sambungan..sejarah berusrah

Usrah adalah sesuatu yang baru dalam kamus hidup saya, baru terdengar beberapa kali ketika cuti semasa saya melihat perubahan drastic abang saya yang baru menjejakkan kaki ke menara gading. Pertama kali pulang bercuti selepas satu semester di IPTA beliau banyak bercerita ttg kampus dan hidup sebagai mahasiswa dan yang lebih banyak ialah ttg usrah, tamrin dll kalimah yg tak pernah didengar oleh saya sebelumnya. Selepas seminggu mengikuti tamrin semasa selepas minggu orientasi mereka di kumpulkan untuk bertamrin plk. Dari situ saya nampak momentum itu sangat kuat sehingga saya boleh nampak perubahan besar dalam kehidupan beliau masa itu. Beliau sering memberi inspirasi kepada saya kerana dari kecil sudah menjadi pelajar pintar sehingga ke sekolah alam shah, KL.

Semasa saya di tawarkan kesekolah berasrama penuh, saya bertanya juga kepada beliau ada sesiapa yang dia kenal dan ironisnya beliau menyebutkan Ustaz yang akhirnya malam kedua usrah baru dapat saya padankan bahawa dialah yang diminta oleh abang saya supaya berjumpa dengannya, namun saya tak lakukan sehinggalah berjumpa didalam usrah(kali ke 2 baru teringat). Kalau tak gi usrah..rasanya tak cari dah...rasanya. Maha Besar Allah menggerakkan hati saya untuk memaksa menerima sesuatu yang baru(sesuatu yang menjadi sikap dari kecil). Berani mengambil resiko sentiasa mendedahkan kita kepada sesuatu yang akan meningkatkan kita walaupun kita gagal. Kerana gagal bukan suatu indikator kehancuran dan kemusnahan bahkan pemangkin kepada kejayaan.

Minggu kedua usrah masih diselubungi tandatanya, siapa mereka semua, macamana mereka boleh berada bersama, adakah mereka senasib seperti saya, ataukah mereka memang satu kumpulah yang sudah laam dibentuk, Melihat kepada kemesraan mereka yang kemudiannya saya diberitahu itulah “ukhwah”, yang sangat mendalam. Ramai juga sebenarnya yang saya kenali apatah lagi saya bergerak cergas dalam sukan sekolah, memegang peranan dalam pemidato sekolah, dan juga Pengerusi Persatuan Pelajar Islam. Namun penggabungan mereka sangat pelbagai. Mulanya kita bertilawah setiap orang membaca satu mukasurat seorang, ada juga yang kurang baik bacaannya namun kesungguhan dan kegigihan untuk memperbaiki bacaan sangat tinggi. Latarbelakang sebagai anak seorang imam dan ibu juga adalah pengajar qur’an yang dikenali di kampong saya membantu saya membaca dengan agak baik, walaupun orientasi Ilmu hukum lima(hukum tajwid) tidak berapa ditekankan semasa dikampung. Didalam usrah dapat mendalami hokum 5 dan rasa ni’mat bersama Al-Qur’an mula dirasai. Kemudian setiap orang diminta menghafal satu surah seorang dari juzuk 30, dan kebetulan hampir semua juz 30 telah saya hafal sebelumnya, Cuma hanya perlu mengulangkaji semasa orang lain membacanya. Mencabar juga usrah ni.....detik hati ketika melihat pelajar2 lain yang terkial-kial menghafal, terutama sebahagian dari pantai barat. Kalau dari Pantai Timur biasanya kami dwajibkan oleh ibubapa menghafal juz amma dan beberapa wirid selepas solat dan beberapa doa.
..bersambung

Bersama Sang Murabbi

Thursday, April 2, 2009

Sambungan...

..Detik pertama itu sangat sederhana sekali pertemuannya yang penuh tertib dan agak formal walau sangat menggelisahkan jiwa saya sebagai remaja yang selalunya sentiasa bergelora dan selalu menginginkan sesuatu yang dilalui lebih cepat berakhir, apatah lagi hati masih liar dan belum begitu besedia. Namun rasa “tersalah majlis” tu rasa tercover selepas terasa semacam sesuatu yang aneh dalam diri saya kerana saya mammpu melaluinya dan kemudian setelah cuba merenung kenangan manis “usrah” dimalam pertama itu serta disusuli dengan pembacaan teliti buku AESMI itu membuatkan rasa tertunggu-tunggu apakah agaknya akan berlaku pada saya seterusnya dan bermulalah detik pengembaraan dalam MEMBERIKAN ERTI HIDUP INI dengan debaran yang penuh adventures...sambung lagi(suspen..usrah minggu kedua)

Wednesday, April 1, 2009

Erti Hidup ini...

Ada teman bertanya saya, kenapa memeberi nama blog sepi ini Memberi Erti Hidup Ini. Saya tersenyum, sambil berfikir yang saya perlu menjawabnya melalui blog ini juga. Lalu ianya sekaligus memecah kesepian penulisan yang selama ini menjadi suatu yang mengerikan saya...iatu buka blog lalu gagal memperbaharuinya walaupun idea kadang kala banyak, tapi bila sampai waktu nak menuliskannya ianya menjadi terlalu sukar, tidak seperti menuturkannya.
Saya sudah lama terfikir tentang erti kehidupan ini, terutama tentang apa ertinya sebuah kehidupan. Pada mulanya ketika pertama kali membaca buku Apa erti saya Menganut Islam semasa di sekolah menengah 26 tahun yang lalu. Ketika sedang menikmati usia remaja di sebuah sekolah berasrama penuh di ibukota, saya dipelawa oleh seorang junior untuk mengikuti “usrah”.
Tanpa berfikir panjang, saya menyetujuinya dan pada malam yang dijanjikan saya menghadirinya dengan penuh tandatanya. Apabila berada didalamnya dan mengikutinya, fikiran saya mula bekerja, berfikir dan mengandai2 apa yang sebenarnya yang saya lalui sebentar tadi. Sambil membelek-belek buku yang dihadiahkan oleh naqib yang merupakan seorang ustaz yang sangat wara’ dan baik sekali, saya terdetik tentang tajuk yang tertulis dikulit buku tersebut dan teringat-ingat kata2 ustaz tadi yang kita hanya mengaku Islam, namun belum tentu Allah mengakui kita sebagai seorang muslim . Saya mula terfikir tentang perbezaan saya dan orang yang bukan Islam dan orang Islam yang berada disekeliling. Rasa ketidakcukupan menerpa, rasa kekurangan, kejahilan dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang Allah kehendaki dengan keislaman saya, menebal dihati. Dan saya gagahi membaca patah demi patah dari muka tulisan yang pertama, walaupun buku yang ada ditanga saya hanyalah salinan fotostat dari buku asalnya.
Jarang sekali saya memberika seluruhnya jiwa, fikiran dan emosi saya membaca sesuatu sebelum ini. Namun kerana satu RASA dan sifat INGIN TAHU yang mendalam saya mulakan sesuatu yang belum pernah saya mulakan.....bersambung

Saturday, July 19, 2008

Perkahwinan...pelengkap kepada da'wah

Tajuk Perkahwinan merupakan tajuk yang sangat menarik untuk dibincangkan terutama dalam kehidupan para penda'wah, muda atau sudah berumur. Kerana ianya merupakan detik kritikal seseorang penda'wah kerana ianya merupakan "DUNIA BARU" dalam kitaran kehidupan biasa sebelumnya, namun kehadiran 'orang baru' yang akan dikongsi segalanya bersama akan menggangu, bahkan boleh menukar watak, sikap, kebiasaan seseorang sesuai dengan tanggungjawab baru ini. Maka akan ada beberapa kejutan dalaman diri dan juga sering dirasai oleh orang lain seperti ibubapa, adik beradik dan juga teman2. Da'wah dan aktivitinya juga tidak terkecuali akan menerima kesan kepada peristiwa indah ini.

Perkahwinan boleh menjadi medan baru yang meningkatkan segala kelebihan seseorang dan dalam masa yang sama boleh menjadi gaung yang memerangkap sesorang dalam keseronokan serta kesibukan baru yang mengasyikkan. Banyak contoh yang boleh diperolehi dari perjalanan mereka yang terdahulu, ada yang dulunya aktif dan sanggup kemana sahaja dalam da'wah dan perjuangan, menjadi terlalu berkira dengan masa dan prioriti yang lain. Ada juga yang dahulunya nampak kurang bermaya sebelum perkahwinannya, namun menjadi orang yang sangat ligat dan kedepan dalam amal da'wah dan tarbiyyah.

Segalanya bergantung kepada individu terbabit dan juga lingkarannya, yang akan mempastikan perubahan ini dapat dikesan dan segera di muhasabah untuk mengelak individu menjadi selesa dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Seringkali juga mereka yang terlibat tidak sedar tentang perubahan yang dirasai oleh orang disekeliling. Disinilah tarbiyyah memainkan peranan kerana setiap individu dalam apa jua keadaan sekalipun perlu membiasakan diri dimuhasabah dengan dada yang lapang serta budaya ukhwah yang sangat tinggi sehinggakan sanggup memberikan buah fikiran yang bernas secara berterusan dalam pembentukan peribadi dalam tarbiah yang dilalui.

Topik ini mempunyai latarbelakang kerana perkahwinan bukan sepatutnya datang sekaligus, apatah lagi bagi para da'i. Ianya merupakan pelengkap kepada kehidupan da'wah sesorang individu, dan ianya memalui proses dramatik yang tidak seharusnya terpisah dari proses tarbawi. Tahap2 urusan, niat, calon, pemilihan, syura'dgn murabi, keizinan keluarga, merisik, peminangan dan majlis walimah serta isu2 kewangan serta sokongan dari sahabat2 seperjuangan.Semuanya ini adalah proses tarbiyyah yang seharusnya dilalui dalam episod ini.....Sekian dulu yek.

* Ramai yang nak kahwin dalam waktu terdekat nie...SELAMAT PENGANTIN BARU

Friday, April 18, 2008

Bicara Baitul Muslim

(Gambar Hiasan) Hari ini saya ditanya oleh seorang pelajar dari Moscow tentang perkahwinan dikalangan pelajar. Topik yang jarang saya bicarakan dalam ceramah-ceramah saya, mungkin kerana kecenderungan saya ialah kepada memeberikan kefahaman tentang FIKRAH Islam yang kini semakin pudar difahami oleh generasi baru. Namun bukan bermakna saya tidak gemar kepada tajuk ini, apatah lagi membincangkan dengan adik-adik yang masih belajar.
Bahkan dalam perbincangan luar ceramah dan program tidak formal seringkalai disembangkan. Malah saya kira lebih dari sepuluh pasangan telah saya satukan dibawah panji da’wah. Semasa ceramah di Jakarta baru-baru ini juga ada ditanyakan oleh adik-adik pelajar tentang isu ini, barangkali mungkin perlu difahami keperluan isu ini dibincangkan dalam rangka kerja2 da’wah.
Berikut adalah sedikit sarana saya menjawab persoalan ini kepada pelajar berkenaan....
Hati kita umpama binatang liar, yang sentiasa menginginkan sesuatu yang baru, mencuba dan menikmati..itulah nafsu. Namun hati juga yang akan memberikan nilai kehidupan manusia iatu dengan Islam.
Maka mustahak bagi setiap pemilik hati mengetahui cara2 bagaimana mengawal hati dan nafsu yang menjadi aset utama keimanan setiap manusia jika terjaga hatinya dengan iman, mujahadah, taqwa..alhamdulillah. Namun Islam memberikan jalan keluar yang tab'ie yang mennyalurkan nafsu dengan ibadah yang mendatangkan pahala dan melahirkan zuriat yang mendatangkan kebahagiaan dan kenikmatan dan dengannya juga akan meningkatkan martabat keinsanan manusia, kematangan dan tertingkat ketqwaan untuk menghampirkan diri kepada Allah..
Ini akan menjadikan perkahwinan dalam Islam sebagai solusi kepada permasaalahan yang dihadapi oleh manusia baik Islam ataupun bukan Islam. Perkahwinan ibarat pagar yang memagari hati dan nafsu yang dengannya menjaikan manusia menjadi waras dan matang serta bertanggungjawab.
Kita melihat Islam telah mengadakan sistem yang lengkap bagi setiap perkembangan hidup manusia dari dalam rahim sehinggalah perjalanan terakhir keliang lahad. Kalau kita benar2 beriman maka kita akan mendapat faedahnya dan merasai nikmat berada dibawah system Islam...
Soalnya kenapa awal, kerana kemampuan dan keadaan yang mungkin mendesak atau dorongan melulu kawan-kawan dan sebagainya, namun ianya bergantung kepada persedian zahir dan batin seseorang bila kita menilai diri ...kita tanya iman kita, perlu atau mahu...Perjalanan menuju gerbang perkahwinan merupakan perjalanan indah seorang muslim dalam menyahut sarana Illahi dan sekaligus naluri keinsanan seorang manusia dalam mencari kebahagian hakiki dalam kehidupan. Menemuinya merupakan inspirasi dan warna-warni kehidupan, dan kecundangnya episode ini menjadi titik hitam kehidupan.
Menyusahkannya adalah kesalahan dan mempermudah-mudahkannya juga nanti suatu kezalima , kerana mungkin berlaku kecuaian..perlu panduan, dan juga bimbingan berterusan..bersambung