Friday, April 18, 2008

Bicara Baitul Muslim

(Gambar Hiasan) Hari ini saya ditanya oleh seorang pelajar dari Moscow tentang perkahwinan dikalangan pelajar. Topik yang jarang saya bicarakan dalam ceramah-ceramah saya, mungkin kerana kecenderungan saya ialah kepada memeberikan kefahaman tentang FIKRAH Islam yang kini semakin pudar difahami oleh generasi baru. Namun bukan bermakna saya tidak gemar kepada tajuk ini, apatah lagi membincangkan dengan adik-adik yang masih belajar.
Bahkan dalam perbincangan luar ceramah dan program tidak formal seringkalai disembangkan. Malah saya kira lebih dari sepuluh pasangan telah saya satukan dibawah panji da’wah. Semasa ceramah di Jakarta baru-baru ini juga ada ditanyakan oleh adik-adik pelajar tentang isu ini, barangkali mungkin perlu difahami keperluan isu ini dibincangkan dalam rangka kerja2 da’wah.
Berikut adalah sedikit sarana saya menjawab persoalan ini kepada pelajar berkenaan....
Hati kita umpama binatang liar, yang sentiasa menginginkan sesuatu yang baru, mencuba dan menikmati..itulah nafsu. Namun hati juga yang akan memberikan nilai kehidupan manusia iatu dengan Islam.
Maka mustahak bagi setiap pemilik hati mengetahui cara2 bagaimana mengawal hati dan nafsu yang menjadi aset utama keimanan setiap manusia jika terjaga hatinya dengan iman, mujahadah, taqwa..alhamdulillah. Namun Islam memberikan jalan keluar yang tab'ie yang mennyalurkan nafsu dengan ibadah yang mendatangkan pahala dan melahirkan zuriat yang mendatangkan kebahagiaan dan kenikmatan dan dengannya juga akan meningkatkan martabat keinsanan manusia, kematangan dan tertingkat ketqwaan untuk menghampirkan diri kepada Allah..
Ini akan menjadikan perkahwinan dalam Islam sebagai solusi kepada permasaalahan yang dihadapi oleh manusia baik Islam ataupun bukan Islam. Perkahwinan ibarat pagar yang memagari hati dan nafsu yang dengannya menjaikan manusia menjadi waras dan matang serta bertanggungjawab.
Kita melihat Islam telah mengadakan sistem yang lengkap bagi setiap perkembangan hidup manusia dari dalam rahim sehinggalah perjalanan terakhir keliang lahad. Kalau kita benar2 beriman maka kita akan mendapat faedahnya dan merasai nikmat berada dibawah system Islam...
Soalnya kenapa awal, kerana kemampuan dan keadaan yang mungkin mendesak atau dorongan melulu kawan-kawan dan sebagainya, namun ianya bergantung kepada persedian zahir dan batin seseorang bila kita menilai diri ...kita tanya iman kita, perlu atau mahu...Perjalanan menuju gerbang perkahwinan merupakan perjalanan indah seorang muslim dalam menyahut sarana Illahi dan sekaligus naluri keinsanan seorang manusia dalam mencari kebahagian hakiki dalam kehidupan. Menemuinya merupakan inspirasi dan warna-warni kehidupan, dan kecundangnya episode ini menjadi titik hitam kehidupan.
Menyusahkannya adalah kesalahan dan mempermudah-mudahkannya juga nanti suatu kezalima , kerana mungkin berlaku kecuaian..perlu panduan, dan juga bimbingan berterusan..bersambung