Tuesday, May 5, 2009

angin luar sekejap.....


Salam, maaf kerana agak lama tak menyambung catatan pengalman berusrah....Alhamdulillah baru sahaja pulang dari United Kingdom. Selama sepuluh hari memenuhi jemputan pelajar2 kita disana yang sentiasa dahagakan belaian tarbiyyah dan kasih sayang sang murabbi. Ini sudah menjadi rutin saya setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sering mendapat jemputan dari anak2 kita di luar negara yang sekaligus sentiasa menguatkan saya untuk terus berada dijalan ini. Suatu perbezaan dalam pengalaman da’wah dari hari pertama memasuki(termasuk) dunia da’wah ini ialah “semangat” yang ditunjukkan oleh pelajar dari luar negara ternyata lebih tinggi berbanding dari pelajar dari dalam negeri. Walaupun saya adalah produk dalam negeri, saya mengakui ini dengan jelas dan saya mendapat jawapannya ketika pertama kali berpeluang berda’wah keluar negara pada tahun 2000 di UK dan Ireland. Kemudian tahun 2004 ke USA dan UK sekali lagi. Pernah juga ke Moscow, France, Germany dan Holland, menyaksikan perkembangan da’wah dan tarbiyyah pelajar2 kita disana yang sangat agresif dan komitmen yang tinggi.
Bukan saja nak memuji, namun mereka sanggup merentas salji dan kesejukkan beratus bahkan beribu batu untuk berprogran walau sehari dua, bahkan masa perjalanan lebih lama dari masa berprogram, wang yang dibelanjakan bukan sedikit. Namun semuannya inilah yang menjadikan mereka boleh mempertahankan iman dan roh da’wah dinegara barat yang penuh dengan dugaan dan diluar pandangan ibubapa, keluarga dan masyarakat kita.Kekuatan ini adalah kerana suasana mereka amat memerlukan JIHAD sebigini didalam suasana kekeringan dengan ISLAM, dan nilai2 suci yang selama in i dipegang. Berbeza didalam negeri yang majoritinya muslim, dan banyak syi’ar Islam dan suasana “semacam” baik semuanya. Tiada sesuatu yang hendak dikejar dan di risaukan sangat. Mungkin ini juga yang menjadikan ramai da’i pelajar panas semasa dalam kampus dan “cair” setelah beralih kealam pekerjaan dan kehidupan sebagai orang dewasa yang berkeluarga dan berkerjaya. Sehinggakan kekuatan pelajar luar negara yang saya katakan “hebat” tadi juga tergugat bila pulang ke tanahair....
Disinilah terasa kehangatan melalui kelas tadika tarbiyyah dengan bertatih untuk cuba memahami dunia baru yang serba tandatanya bahkan ianya cukup menggerakkan tenaga minda dan emosiku bekerja, yang selama ini alpa dan lena dengan buaian keremajaan yang inginkan keseronokan semata, serta igauan dan angan2 palsu yang pelbagai yang menjadikan banyak remaja sepertiku diusia belasan tahun hanyut dibawa arus keseronokan, enjoy, gelak-ketawa, seronok dan sebagainya. Usrah hanya seminggu sekali sahaja, namun impaknya terasa lebih dari seminggu, kerana kuasa “berfikir” atau tafakkur akan menghasilkan zikir yang mengakibatkan aku berusaha mengenali diri sendir, menerokai siapa aku? kenapa aku disini? untuk apa?dan kemana selepas ini?..bertubi-tubi persoalan ini menikam benak pemikiranku walaupun tanpa jawaban, namun aku semacam merasakan akan ada jawabannya nanti. Namun bila? Aku sendiri tidak pasti...namun aku akan lalui...... aku lebih banyak diam, dan berfikir, menyendiri, mencari erti, dan membaca mengambil tahu agar ada jawaban kepada semua persoalan yang bermain dibenakku. Iftar(berbuka puasa) sunat bersama dan qiamullai diawalnya menjadikan aku penat, namun rasa kemanisan disudut hati apatah lagi bersama2 teman2 yang lain..rasa bibit ukhwah bersama bermula...